About SlaveYarD id.
- IT Fotografi Tempatan | AyeEN2 SlaveYarD id. Sights
- I am a Malaysian amateur photographer based in Klang Valley, Malaysia and I’m also into such fields as corporate, event, product, portraiture and wedding photography. I use semi/professional grade equipment for all of my photo shoots. Following the event, I meticulously review and fine tune each photo using advanced editing software before selecting the best images to be placed in the designated album of your choice. I'm always looking to capture most meaningful moments in time and to immortalize them for posterity. For me, every event is both unique and important, be it a wedding, corporate function and vise versa. Prior to the event, I consult with my clients to determine their preferences and confirm the agenda to ensure that everything is perfect. I am available for overseas assignments on request. Willing to travel to your favorite destination in order to capture your important day! Feel free to browse my blog. You may contact me and we can discuss your specific requirements. e-mail: ayeen2@gmail.com | contact: +6012.665.1679 http://photoplusgraphy.blogspot.com http://ayeen2.blogspot.com/ http://www.flickr.com/photos/ayeen2/
Saturday, December 26, 2009
Antara Tugas Dan Anak²...
Anak² telah diserahkan keseluruhan pada ibunya (dari bulan lepas lagi) bagi sesi pendaftaran esok. Suasana taska pasti seronok, seseronok ambil gambar kendid orang kahwin ;). Insyaallah.
Kepingan² gambar di bawah sewaktu "rumah terbuka" Taska Nilam raya lepas. Syok, dapat makan es-krem banyak²! Kak long sebat sampai 3 es-krem...!! Lol
Wednesday, December 23, 2009
Here comes 2010! And New Hijrah Year of 1431
Rasanya terlalu lama membiarkan laman blog ini terbiar begitu sahaja. Jadi hari ini akan di kumpulkan mana² agenda yang telah berlalu dan penghimpunan yang akan datang. Hujung tahun ini adalah yang agak kurang baik berlaku, namun ianya adalah rahsia sehingga bila kiranya ia sepatut diumukan kelak.
Apapun yang kurang baik biarlah ditepikan dulu, kita cari yang seeloknya berlakukan? Dalam tempoh dua bulan lepas, agenda agak kurang kerana tidak aktif seperti sebelumnya. Namun setidakknya adalah juga yang berlaku dan baik seperti konvo khatam Quran dan Qurban. Paling tidak pun untuk membantu adik² dan keluarga dalam menerajui perniagaan kuih-muih dan kek (Jana Rasa Warisan)!
Insyaallah akan datang juga, persandingan bakal raja sehari oleh anak bekas komisioner jeneral penjara (ketua pengarah penjara) Datuk Mustafa bin Osman yang akan berlangsung pada hujung minggu ini di penjara Kajang. Insyaallah.
Doakan yang terbaik untuk mereka² ini.
Wassalam.


Tuesday, November 10, 2009
I'm Sorry, Everybody...
And now, I have made a such a huge mistake in life that I will regretted for the whole living soul of mine. Realized that mistake is so much burden to my shoulder, I have to change the way I usually do everyday. This act fortunately, changed my life and the I've been thinking all the time previously.
But the consequence from the mistake has not been judge yet. Therefore, I have to prepare myself for what ever result that may came.
But may later, I will never post here again.... :) I'm Sorry, Everyone!...
Wish me a good luck! And with God's Will...
Wednesday, October 28, 2009
Homesick!
Barely just few days past I already miss my home, my wife and kids. Just like last time, only lesser days. I could not imagine how I wish to be there, right by their side. Or should I say, love will never wash away. Though, problems will never end either.
Here in East Coast, one by one symptoms rise by human error. What to do? Nothing can prevent it from happening because it is what we do mah! It's what we call work. A daily task that keep coming in. Even worst, when the management is not doing their work properly by procedure. Shooting and pointing finger to everybody with no relevant judgment nor goals. Hurm, sound sucks but this is the reality of life cycle and due to this, I have to make up something...
We'll wait and see huh!
Monday, October 12, 2009
Nawfal's New Shape!
Tuesday, October 6, 2009
USAF Thunderbirds Airshow @ RMAF Subang Airbase 2009
Jumaat lepas, ada member ofis tanya. "Tak pergi ke tengok mini LIMA kat Subang?". Huh, pelik soalan tu. Balas kembali dengan bertanyakan di mana lokasi sebenar dan siapa yang buat pertunjukan. Tapi kawan tu sendiri pun tak pasti, katanya Thunderbirds. "Hahahaha", tergelak sekejap. Sebab ingatkan lawak jenaka, Thunderbirds cerita kanak² patung tu. Fikirkan kembali, tak susah pun. Cari saja di laman Google. A'ah, betul lah! Ada show di Subang. Siapa Thunderbirds pun di cari juga. Woo, USAF rupanya.
Tiba harinya, lewat pula bangkit tidurnya. Pukul 10.30 pagi baru bergerak dari rumah. "Tapi tak usah risau, GPSkan ada," gelak seorang diri. 1-2 Km dari lokasi, penuh sesak jalan raya. Mujur tak terlepas pertunjukkan Thunderbirds. Hanya pertunjukkan tempatan menggunakan pesawat Sukhoi saja yang terlepas dari ditembak. Sempat tengok dari sisi tingkap kereta.
Dapat saja parking, paling dalam dan dekat dengan pengkalan dan landasan terus ke kawasan awam. Hujan mula merenyaikan diri.
Sampai di kawasan paling depan dan berhadapan dengan krew Thunderbirds, senjata terus dikeluarkan. Hujan pun hujan lah, sikit saja pun...
Monday, October 5, 2009
Pantai Timur... Lagi!
Waktu ini, sedang ingin mencari suasana yang jarang² dirakam. Namun, lain pula kelibat yang dilihat. Jam 0130 pagi...


Monday, September 21, 2009
Salam Lebaran 2009


Monday, September 14, 2009
Becoming A Strobist!


Wednesday, August 12, 2009
Suspend! For Me Stomach,Throat, Eyes & Ears...

Seketika ini... blog akan direhatkan seketika sehingga munculnya kisah baru :)
Salam Ramadhan dari diri sekeluarga untuk semua, moga keberkathan bulan mulia ini dicurahkan kepada mereka yang beriman...
Pada sesiapa yang mengenali mahupun di kenali melaui media internet sekalipun. Pohon restu ampun serta kemaafaan dalam menjelang dan menempuh Ramadhan mulia ini. Salah silap adalah dari diri ini. Insyaallah, murah rezki dan umur yang dikekalkan. Bersua lagi di lain waktu. W'salam.
Wednesday, July 29, 2009
Hiba Rasanya...
Petang tadi, terima panggilan dari Umi. Diberitahu yang si kecil ni kena sedikit penyakit kuning (normal pada sebahagian besar bayi di dunia) dan perlu pemeriksaan lanjut di hospital. Petang sesudah mesyuarat di Kementerian Sumber Manusia, terus bergegas pulang ke Shah Alam. Sampai di kemasukan kecemasan untuk didaftarkan, juru kaunter mensarankan untuk dibawa ke klinik kesihatan Putrajaya bagi 'blood test' kerana prosidur. Tapi bila dah sampai giliran di klinik, kami dimaklumkan 'blood test' hanya dilakukan di waktu pejabat sahaja dan pihak hospital tahu akan hal ni. Darah mula memuncak!
Sekembali di bahagian kecemasan, jururawat merangkap kaunternist kena bambu... Kerana hal seperti ini tidak sepatutnya berlaku di kalangan pihak kesihatan. Terus dia bawa kami kedalam untuk bayi ini diperiksa.
Friday, July 24, 2009
Wajah Baru Untuk Dunia!
Sampai waktu, terus gerak ke Putrajaya untuk urusan 'maternity checkup'. Lepas periksa, Umi terus kene tahan sebab 'laluan' dah ada. Umi ada kata rasa menyesal juga untuk checkup ni, sebab dia ingat boleh balik selepas itu. Mujurlah semua keperluan dah disediakan dan dibawa.
Malamnya Umi dah tak tahan nak balik. Beritahu dia, terpulang. "Nak tinggal atau ikut pulang ke rumah boleh saja, tapi kenelah tanya doktor dulu". Kaw tim punya kaw tim, Umi mengalah. Doktor pakar kata kena 'stay' sebab bila² masa boleh bersalin! Dengan perasaan sedih, dia terpaksa akur.


Thursday, July 23, 2009
Tunggu!...
Berdebar juga bila mendapat tahu, bila² masa sahaja si kecil akan muncul ke dunia dengan tertanggalnya "plug" dari pintu rahim! Dinasihatkan agar sentiasa mengambil langkah berjaga² supaya semuanya berjalan dengan baik.
Siapa tak runsing bila perkara "urgent" akan tiba namun diri sendiri berada pada keadaan yang tidak mengizinkan. Sakit resdung makin menjadi, kepala mula bingit di dahi. Memang sah esok kene cuti, dengan dua penyebab sebagai alasan. (Dah dapat mc pun! :))
Monday, July 20, 2009
Update In Progress...
Insyaallah, memandangkan design blog² lain kelihatan jauh lebih menarik (jeles ler tuh!). Maka bakal diperhatikan blog ini juga akan melalui suatu perubahan.
Pelan² kayuh, tapi tak boleh lama sebab guna komputer pejabat (sangat tak suka) yang bakal menyusahkan sekiranya dikesan salah guna :P
Heheh... orang lain boleh buat yang baik, kenapa tidak kita?
Portrait Seorang Model Sambilan...
Bermula dari dialog tadi, terus utarakan hal ni pada rakan² photog lain. Semua bersetuju dengan penuh semangat untuk menjayakannya.
Malam esoknya, kami ke Putrajaya sebagai pangkin permulaan. Sebab keesokan harinya bakal shoot satu majlis perkahwinan, ini kiranya sebagai sesi latih tubi masing².


Kembali Melayari...
Dengan tenang, mengemaskini blog ini sambil hirup air sejuk.
(Tiada keberanian untuk menggunakan kemudahan di pejabat juga penyebab blog tertunda.)
Monday, July 6, 2009
Miscalibrated Machine!
Tuesday, June 30, 2009
Long "Blogging" Break!
Alhamdulillah... Selama lebih kurang sebulan berada di perantauan dengan komitmen kerja, kini kembali menerjah ke pangkuan laman blog.
Kala ini juga ingin memohon maaf kepada mereka yang menanti perkembangan mengenai apa jua melalui laman ini.
Insyaallah, dalam masa terdekat nanti akan di"up"kan segala cerita ceriti terkini. Nantikanlah ya!
Tuesday, May 19, 2009
Putrajaya Waterski & Wakeboard Junior Cup 2009
Tapi agak menghampakan la juga kerana pertandingan ini adalah untuk golongan remaja dan kanak² yang mana agak kurang menonjol dalam persembahan mereka.
Sedikit lega, apabila dapat menikmati pertunjukan dari peserta luncur air professional sebagai acara sampingan atau demo. Terutama seorang peserta daripada 10 terbaik dunia, Padiwat Jaemjan @ "BOMB" dari Thailand. Begitu teruja dengan persembahan beliau, yang jauh lebih baik daripada mat² saleh yang turut serta menayangkan aksi masing-masing.
Tapi kesana hanya untuk detik qualifying dan tidak pada esoknya, final. Sebab ada member jemput bergambar di tempat lain pula.
Oh, I met this old skool guy but can't remember his name and works at Majlis probably MBPJ. He talks like a pro (which I think far from it), unfortunately I received a business card which not related to him. Geez, what a guy nowadays. If any of you knew this kind of guy, please send my regards to him.


Thursday, May 14, 2009
Recruiting New Members
Dalam usaha racun-meracun ini, menjadi lumrah lah juga untuk membimbing mereka ini cara menggunakan dan mendapatkan output imej yang baik.
Antara punca yang menjadikan semangat lain untuk berfotografi ini juga adalah untuk latih tubi kemahiran agar tidak pudar.
Memandangkan ofis kami berhampirah bandar Putrajaya, maka di sanalah pilihan utama untuk sesi latihan dan malam dipilih untuk membida kemantapan dalam menjangka hasil yang mungkin seni bagi kami (walaupun selalu nampak dalam internet!)
Tapi disebabkan ada member terlalu ghairah, malam pertama dapat DSLR terus ke jalan Ampang!


Sunday, April 19, 2009
Gatal Tangan April 2009
Tapi bila dah tak ada cerita nak luah atau dengar, buatlah apa yang patut. Masa inilah nak lembutkan tangan pada pembikinan olah gambar. Simple² sudahlah, sekadar sesi nak panaskan tangan dengan recall balik cara mengolah. Sebab bukan dalam bidang grafiklah kene berlatih sokmo. Kalau tidak, output macam haram... :P
Boring, bilalah nak ada kerja atau ruang niaga yang boleh celah eh?


Tuesday, April 14, 2009
ESEMPI Reunion Classes Of '96
Sebenarnya, ini adalah pertama kali (atau mungkin julung kalinya) pembabitan diri dalam perjumpaan reunion sekolah seperti ini setelah berpisah dan membawa haluan masing² untuk tempoh 13 tahun kemudiannya. Memang seronok dapat berjumpa kawan² lama yang punya banyak perubahan fizikal tapi tidak pada tingkah laku masing².
Menurut penganjur (Mr.Ijam), sejumlah 32 orang belia ESEMPI'96 berjaya di kumpulkan dan tidak termasuk jumlah pasangan yang bukan ahli dan anak² yang turut serta menghiburkan suasana. Ucapan terima kasih dan sekalung tahniah pada penganjur serta yang membantu yang telah berjaya merialisasikan perjumpaan ini.
Berlangsungnya agenda ini bertempat di satu restoran makanan laut di Bandar Baru Bangi yang dikira agak kurang memuaskan dari segi lokasi, persekitaran dan perkhidmatan. Pun begitu, kerana keadaan yang gamat dengan tawa hilai, borak punya borak, teriakan anak², membuatkan semua hampir terlupa dengan hidangan yang ala kadar. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.
Menurut pengerusi lagi, kes ini akan disambung ke masa mendatang nanti. Insyaallah.
Saturday, March 28, 2009
Unfinish Bizzznezzz >')
Not much to tell, because everything is the same boring story and have to go back to the east coast to finalize the institute integration system networks for full operational before UAT from T&C checking. Really pray it will be done this time, else more paperwork to do (hate it).
Missed to shoot a lot of wedding opportunity during this project. Wasted the dslr inside its bag case which being so useless. Perhaps, more chances after this duty. Really miss those colorful days...


Saturday, March 7, 2009
Sambung Kerja!!
Di situ, pada destinasi yang sama. yakni Institusi Pendidikan Guru Kuala Terengganu atau singkatannya IPGKT dituju hanya untuk membuat pra siasat peralatan yang telah mereka terima. Memang penat, bila perlu memandu sejauh lebih kurang 360km pergi dan balik sehari, 8 jam tanpa rehat yang cukup semata-mata untuk datang dan lihat!
Tujuan sebenar ke sane adalah untuk melihat jumlah stok peralatan ICT bagi membuat perancangan yang lebih baik dari IPGKB. Tiba je di sana, cara disambut pun begitu ramah. Tak sangka orang Ganu ni cukup ambil berat orang lain. Boleh kata, apa saja keperluan diminta dapat ditunaikan.
Keduanya untuk mencari penempatan tempat tinggal bagi 2 minggu lagi di situ. Malangnya, tempat yang cun tepi pantai dah penuh untuk musim cuti sekolah! Jadi, keputusan untuk tinggal yang paling hampir dengan pantai dengan harga yang berpatutan (Astro wajib! Semua layan bola). Janji boleh ke pantai kurang dari seminit atau 10 minit berjalan!
Ketiganya, bagi mendapatkan kenderaan sewa. Cadang cari Kancil jer, alih-alih dapat "Wish" lama dengan harga yang paling molek...
Sudah selesai semuanya, singgah sebentar di tepi pantai. "Nak amek angin laut jap!", sambil petik gambar. Tapi ada sikit malang lah, tempat memang cantik cuma agak kotor dengan sampah pelancong (tempatan). Dari jauh sejuk mata memandang, bila dah dekat... Nah! sampah saja merata.
Lepas 5 minit bila dah senja terus cabut pulang ke IPGKB untuk habiskan sisa kerja di sini. Sampai jer dah malam, balik tidur la...
"Gewe" dedua tempat ni memang molek sangat, comey dan low profile kalu di bandingkan dengan IPT lain (Iklan untuk yang masih single). "Yang, saya nak satu lagi bleh?" :))
Gambar diambil di depan chalet Teratak Samudera Kita. Just stay tuned the same url address for more stories from Batu Rakit...
Friday, February 27, 2009
Kerja Itu Penting...
Bukannya tidak sengaja, memang ianya di sengajakan dibiar begitu saja. Alasannya, kerja!
Ya, betul sebab dasar pekerjaan inilah puncanya ia tidak ber"update".
Sekarang ni berada di Pengkalan Chepa, Kelantan bagi pemasangan rangkaian baru di salah satu maktab di sini. Agak mengecewakan apabila kontraktor pendawaian mengambil sikap tidak endah dengan projek di sini, punca kerja² banyak yang terencat operasinya. Jadi, kurang masa untuk memetik pengatup pengesan imej. Alhamdulillah namun pun begitu, kerja penyambungan rangkain berada di peringkat akhir.
Yang tak sabar dah ni bila minggu depan akan ke Wakaf Tengah, Terengganu. Pastinya suasana yang berbeza dengan sini yang mana cuti sekolah juga turut bermula! Insyaallah, akan di persembahkan setidaknya dua atau tiga keping imej dari sana nanti.
Friday, January 30, 2009
Kembali Bertugas....
Walaupun jawatan tugas yang diberikan bermula dari peringkat bawah dari sebelumnya, namun berasa agak puas hati dengan struktur syarikat yang 100% adalah bumiputera.
Bakal merantau ke seluruh pelosok semenanjung dan pulau borneo bagi projek IT untuk Institusi Perguruan Guru yang dipantau oleh Jabatan Kerja Raya keseluruhannya.
Cuma yang sedihnya, tugas ini berasaskan kontrak yang singkat melalui projek. Insyaallah, sekiranya prestasi dan keperluan syarikat menggalakkan maka penyerapan pada kontrak jangka panjang dan tetap akan dibuat. Sekiranya baguslah! ;)
Mengenai agenda fotografi, masih dalam penangguhan seketika. Ini kerana lensa² cap ayam telah diserang jangkitan kulat dan akan di masukkan ke wad tidak lama lagi. Walaupun jangkitan masih di tahap terlalu awal dan tidak mendatangkan kesan pada kualiti imej tapi tetap berwaspada sekiranya meninggalkan kesan pada kualiti imej.
Apa pun, doakanlah agar dikurniakan rezeki yang lebih... Insyaallah!
Tuesday, January 6, 2009
Projek Mini...
Projek sampingan ini juga adalah antara tanggapan berantai atau "chain reaction" yang berhubung kait dengan projek² tani/ternak sedia ada supaya tidak membawa kerugian tetapi tiada kaitan rantaian langsung dengan fotografi.
Cendawan Tiram Kelabu adalah pilihan projek mini kali ini kerana kos pembikinan, pemeliharaan serta pusingan modal yang rendah dan setelah dibawa bincang dan dikaji dikalangan ahli, ianya adalah antara pertanian terbaik untuk tempoh mendatang.
Mengikuti kursus yang juga di iktiraf oleh Jabatan Pertanian dikelolakan oleh rakan sekelas sekolah Puchong suatu tika dulu banyak membantu dalam pengenalan diri pada dunia cendawan. Cendawan Puchong bertindak sebagai pelopor kursus tani cendawan tiram kelabu serta di kenali di seluruh semenanjung oleh pengusaha cendawan.
A Gentle Reminder... Thank You
Please do not download or use any of the photo here.
All rights reserved by Azrin A.J.
SlaveYarD id.® and AyeEN2™ can be Googled for varification of identity.