Jumaat lepas, ada member ofis tanya. "Tak pergi ke tengok mini LIMA kat Subang?". Huh, pelik soalan tu. Balas kembali dengan bertanyakan di mana lokasi sebenar dan siapa yang buat pertunjukan. Tapi kawan tu sendiri pun tak pasti, katanya Thunderbirds. "Hahahaha", tergelak sekejap. Sebab ingatkan lawak jenaka, Thunderbirds cerita kanak² patung tu. Fikirkan kembali, tak susah pun. Cari saja di laman Google. A'ah, betul lah! Ada show di Subang. Siapa Thunderbirds pun di cari juga. Woo, USAF rupanya.
Tiba harinya, lewat pula bangkit tidurnya. Pukul 10.30 pagi baru bergerak dari rumah. "Tapi tak usah risau, GPSkan ada," gelak seorang diri. 1-2 Km dari lokasi, penuh sesak jalan raya. Mujur tak terlepas pertunjukkan Thunderbirds. Hanya pertunjukkan tempatan menggunakan pesawat Sukhoi saja yang terlepas dari ditembak. Sempat tengok dari sisi tingkap kereta.
Dapat saja parking, paling dalam dan dekat dengan pengkalan dan landasan terus ke kawasan awam. Hujan mula merenyaikan diri.
Sampai di kawasan paling depan dan berhadapan dengan krew Thunderbirds, senjata terus dikeluarkan. Hujan pun hujan lah, sikit saja pun...
Lepas saja pertunjukkan, terfikir untuk bergambar dengan krew dan juruterbang tapi terpaksa dilepaskan ramai sangat wartawan yang terjah mat saleh² ni lagi pun sebab ada member dalam perjalanan yang tidak kunjung tiba lagi yang nak kene jemput sebab mamat ni parking kete jauh ya amat dan dia sesat barat ntah ke mana. Nak keluar dari dalam pengkalan yang hanya 1.2 Km makan masa lebih sejam :P, itu yang sengal² badan tu. Lebih gambar di sini.
No comments:
Post a Comment