About SlaveYarD id.

My photo
I am a Malaysian amateur photographer based in Klang Valley, Malaysia and I’m also into such fields as corporate, event, product, portraiture and wedding photography. I use semi/professional grade equipment for all of my photo shoots. Following the event, I meticulously review and fine tune each photo using advanced editing software before selecting the best images to be placed in the designated album of your choice. I'm always looking to capture most meaningful moments in time and to immortalize them for posterity. For me, every event is both unique and important, be it a wedding, corporate function and vise versa. Prior to the event, I consult with my clients to determine their preferences and confirm the agenda to ensure that everything is perfect. I am available for overseas assignments on request. Willing to travel to your favorite destination in order to capture your important day! Feel free to browse my blog. You may contact me and we can discuss your specific requirements. e-mail: ayeen2@gmail.com | contact: +6012.665.1679 http://photoplusgraphy.blogspot.com http://ayeen2.blogspot.com/ http://www.flickr.com/photos/ayeen2/

Monday, November 24, 2008

Bakal Tinggal Kenangan...

'Sangat tak lama lagi' keluarga penama laman ini akan pulang semula ke Puchong, Selangor. Setelah lebih kurang 2 tahun berada di Johor Bahru dan masih belum puas kiranya berada di sini.
Namun, ini kerana Umi Wawa telah mendapat panggilan dari UITM bagi melaporkan diri pada 1 Disember ini untuk bertugas. Berita ini agak gempar kerana arahan diterima kurang dari sebulan notis pemberhentian kerja dan Umi belum pun dua bulan berpindah ke firma barunya.
Jadi, proses perpindahan sedang dijalankan dengan rancaknya di rumah. Sedikit demi sedikit barang² perhiasan, santai, perkakas dan keperluan rumah di bungkuskan semula ke dalam kotak² yang telah dikumpulkan.
Rasanya seperti baru berpindah ke sini semalam dan hari ini kembali semula ke tempat lama. Sementara tidak bertugas lagi buat waktu ini, terfikir untuk membantu orang tua di kebun. Dengar ceritanya, projek pembiakan cacing menjadi dan mampu menghasilkan pendapatan lumayan (RM2K perkilo bagi setiap minggu!). Hasil tanaman limau juga membuahkan pendatapan sampingan. Serta, dapatlah berjumpa semula dengan fotografer KL dan kenalan² baru. Akmal Adnan pula di institusi yang sama dengan Umi, boleh riki² ilmu dengan mamat ni.

Thursday, November 13, 2008

P1 Wimax, Adakah Ianya lebih Baik?

Malam tadi keluar makan dengan keluarga sebab malas masak dan dah lewat sangat. Lepas makan singgah kejap di hypermarket yang tak jauh pun dari tempat makan dengan niatnya nak cari double sided tape 3M yang bagus tu untuk produk VS wa ni. Tapi lain pula halnya bila dah tiba destinasi. Sambil berjalan, berkenanlah pula dengan satu produk komputer/internet ni. Namanya P1 Wimax yang lebih kurang sama fungsi macam 3.5G, HSDPA, GPRS atau EDGE. Cuma modemnya bagaklah besar!
Sambil telek² broacher, tanya la pada tokey gerai. "Ini benda ada bagus ka?", dia jawab "Lebih bagus dari Streamyx TMNut dan lebih stabil dari Celcom atau Maxis broadband" katanyala. Borak punya borak, wa setuju la daftar untuk percubaan 15 hari percuma! Sapa tak mo... Lepas cari mende yang dicari dari niat asalnya, terus pulang.
Sampai rumah, cuba dulu guna kuasa dari USB (walaupun tak dibekalkan) tapi nampak serabut. Sebab guna 2 wayar, satu untuk USB dan satu lagi untuk LAN (bila dah tak sabo, gitu ler perangainya). Nampak ada beza dari pelbagai sudut.
Selepas tu, ingat nak gantikan modem Streamyx dengan yang ini pada wireless router. Malang saja nasib bulan ni, adapter mende alah ni tak berfungsi. Nampak gaya, modem ni terus sambung dari laptoplah!
Dah dapat talian bebas wayar ni (kononya la), wa terus buat perbandingan dengan kelajuan bandwidth di Speedtest.net. Hurm, memang ada beza dari TMNut punya talian jalur lebar. Tak cukup dengan itu, wa cuba pula dengan muat turun dari torrent. Perggghh, full speed wa cakap lu!! Dah lama wa tunggu kelajuan begini, semenjak belumnya torrent di throttle downkan oleh TMNut.
Pepahal, wa cuba dulu untuk beberapa hari. Kalu betul stabil, wa akan tukar dan batalkan langganan dengan TMNut. Celcom BB wa dah try, bandwitdh tak stabil walaupun laju dan torrent bermasalah.

Ya betul, setelah semalaman melayarinya. Ia tidaklah bererti mempunyai kepantasan jalur lebar seperti Lamborgini di Itali atau Nissan Skyline GTR 2008 di Jepun. Tetapi sekurang²nya seperti Perodua Myvi yang ditambah aksesori sport dengan daya graviti rendah dan "supercharged"! Mesti berbeza dengan keluaran kilangkan? Dan mampu menyaingi Proton Satria (Streamyx ler tuh) atau Naza Citra (dah tentu Celcom BB)... LOL
Apa pun, meh wa kasi lihat sama itu produk dan esoknya wa nak pi replace factory defect adapter ni.



Saiz modem ni kecil sedikit dari bekas pouch CD dan lebar dalam 2 1/2 inci!

Disebabkan workstation berada pada sudut dalam bilik, modem terpaksa menghadap dinding tp masih boleh terima isyarat penuh!

Kelajuan begini adalah biasa bagi P1 Wimax 1.2 Mbps, yang 3-5 kali ganda lebih pantas dari maksima yang sangat susah nak dikecap oleh Streamyx 1Mbps


Impressive download speed for 1.2Mbps broadband, but lawyar upload! tulan seh

Just receive info from Lowyat forum. If we can break into the modem access page, we can easily change the connection speed limit to the max!!!
However, still looking forward to cr4ck this junk although I am satisfied with it and its CS team.

[update]
-Unfortunately, kehebatan P1 ni hanya mampu bertahan untuk 2 hari saja. Kepantasan jalur lebar mula gelodak seperti buakkan air panas dari cerek. Internet mula tak seimbang dan seperti denyutan tikus ketakutan , layaran 'video streaming' tak selancar awalnya (Top Gear Series). Lebih buruk, hari ke-3 talian bebas wayar langsung tak boleh diterima dari setiap penjuru rumah.
E-mail telah dihantar ke CS team (melalui Steamix). Namun maklum balas yang diterima tidak memberansangkan. Pengesyoran untuk membatalkan langganan bukanlah sesuatu yang meredakan, tapi itulah yang dapat dibaca melalui e-mail yang diterima.
Lain pula dari penerangan jelas dari pengurusan ejen jualan. Menyatakan bahawa kemungkinan stesen pemancar penuh atau dalam proses "upgrade" punca isyarat terbatal. Kerana setiap satu pemancar hanya mampu menampung hinga 2500 pengguna dalam satu² masa dan masalah seterusnya, alamat langganan berada di luar kawasan liputan! Serta liputan untuk kawasan Johor masih baru dan masih banyak perlu diperbaiki.
Uik, luar kawasan tetapi isyarat penerimaan dari modem penuh! Dan kenapa tidak di promosikan setelah tiada masalah? Huh, betul la jadi "guinea pig" untuk bahan uji kaji...
Takpe, masih ada beberapa hari lagi untuk tempoh percubaan.
But not quite as impressive as before... Nvm, we wait and see...
[update]
-Rasanya kelewatan sambungan jalur lebar ni di sebabkan oleh setting klien torrent yang tak menepati atucara bandwith P1. Sebab P1 Wimax punya kebolehan upload 1/4 bahagian lebih rendah dari Steamix dan P1 tidak membuka sebarang ruang untuk torrent agaknya.
Muat turun P2P perlahan, tp video streaming dan layaran internet kembali pantas. Cheers!
[update]
-Sekali lagi layaran internet diganggu dengan ketiadaan gelombang diterima dari stesen pancaran setelah modem direset akibat penyambungan yang kurang lancar. Walaupun ianya telah direset beberapa kali, namun keputusanya hampa. Terpaksa menyambung semula ke talian lama 'Steamix' buat sementara waktu (yang masih lagi aktif). Paling menjengkelkan ialah ketika sedang digunakan pada waktu paling diperlukan! Perbezaan 'Steamix' sudah pastinya dirasai bila lagu dendangan dari aliran internet tersentak² yang mula melahirkan darah
panas menyingkap di kepala. Sangat menghampakan kerana masalah sama telah berulang kurang dari 2 minggu.

Tuesday, November 11, 2008

Pak Ndak Umi Naik Haji

Minggu sudah, ada jemputan kenduri dari bapa saudara Umi di Tampoi. Maka berduyunlah saudara yang datang untuk menginap sementara di rumahku jua rumah kembar Umi.
Riuh rendah toksah cerita la, memang bingit. Tapi rasa seronok bila tengok suasana ceria yang bergelak ketawa bak hilaian momok, tangisan budak², orang ramai berborak etc. Cuma malangnya, tak berkesempatan untuk memetik beberapa kepingan gambar bagi di jadikan kenangan kerana terlalu sibuk melayan tetamu tika di rumah.
Setelah 2 hari berlalu dan hampir selesai semua pulang, masih ada saki baki yang nak merasa tempat makan di bawah pokok besar. Iaitu di Anjung Warisan, berhampiran dengan Hutan Bandar di Johor ni.
Lagi sekali, malang nasib kami sebab diberi layanan dengan perkhidmatan yang begitu tak sempurna. Lain yang diminta, lain pula yang datang. Ada pula tu, yang dipesan tak kesampaian sehingga dah nak balik baru terkial nak hidang. Orang dah masuk angin dalam perut, mana ada selera dahkan? Kesian, yang kene pula tu datang dari jauh. Terpaksalah makan kat tempat lain...
Sebelum ni, 2-3 kali juga la datang makan kat sini. Tapi takda la masalah seteruk ni. Ishk, segan pada saudara-mara yang datang jauh balik lambat semata nak lepak kat sini.


Pesanan ringkas begini pun jadi masalah!

Sabar menanti sambil borak panjang lebar oleh kaum hawa...!

Wawa yang menitik air mata sebab kelaparan

Big Bosses yang mula fed up dengan pesanan yang masih tak kunjung tiba

Sambil menunggu, layan irama dengan ape ntah nama alat muziknya "tangalong" kata Zaihan

A Gentle Reminder... Thank You

Use of image or any medium from here is strictly prohibited without permission.
Please do not download or use any of the photo here.
All rights reserved by Azrin A.J.
SlaveYarD id.® and AyeEN2™ can be Googled for varification of identity.
© SlaveYarD id. Powered by Blogger.