Malam tadi ke klinik bersama tersayang bagi membuat pemeriksaan terakhir bersama pakar.
Berdebar juga bila mendapat tahu, bila² masa sahaja si kecil akan muncul ke dunia dengan tertanggalnya "plug" dari pintu rahim! Dinasihatkan agar sentiasa mengambil langkah berjaga² supaya semuanya berjalan dengan baik.
Siapa tak runsing bila perkara "urgent" akan tiba namun diri sendiri berada pada keadaan yang tidak mengizinkan. Sakit resdung makin menjadi, kepala mula bingit di dahi. Memang sah esok kene cuti, dengan dua penyebab sebagai alasan. (Dah dapat mc pun! :))

Si kecil makin ligat meliut² di bawah perut, menggapai tangan ingin mahu menerjah keluar dari kantung urinya. Sesiapa yang tak pernah tengok, bayangkan umpama cerita "Alien" menolak dinding di dada mangsanya dari dalam menembusi keluar. Cuma tak lah sedahsyat itu.
Esok, induk ini akan ke hospital bagi pemeriksaan lanjut yang memungkinkan tiada jalan lain lagi terpaksa ditahan di dalam wad untuk diberi perhatian.
Tangan ditadah tanda berdoa pada Illahi agar semuanya berlaku dengan selamat dan penuh rahmat. Insyaallah, tiada rahsianya lagi bagi seorang putera yang bakal menyusuli bersama namanya kemudian. (ketua/raja pemurah yang berfaedah lagi rupawan)
Semoga si kecil ini dapat menunggu saatnya...

No comments:
Post a Comment