About SlaveYarD id.

My photo
I am a Malaysian amateur photographer based in Klang Valley, Malaysia and I’m also into such fields as corporate, event, product, portraiture and wedding photography. I use semi/professional grade equipment for all of my photo shoots. Following the event, I meticulously review and fine tune each photo using advanced editing software before selecting the best images to be placed in the designated album of your choice. I'm always looking to capture most meaningful moments in time and to immortalize them for posterity. For me, every event is both unique and important, be it a wedding, corporate function and vise versa. Prior to the event, I consult with my clients to determine their preferences and confirm the agenda to ensure that everything is perfect. I am available for overseas assignments on request. Willing to travel to your favorite destination in order to capture your important day! Feel free to browse my blog. You may contact me and we can discuss your specific requirements. e-mail: ayeen2@gmail.com | contact: +6012.665.1679 http://photoplusgraphy.blogspot.com http://ayeen2.blogspot.com/ http://www.flickr.com/photos/ayeen2/

Sunday, November 21, 2010

Berama Mereka Dihujung Minggu... Dan Melepaskannya

Hujung minggu seperti biasa bila tiada cuti panjang, bawalah keluarga jalan². Lama tak bawa anak² main air. Tapi di mana? Nak berpiknik, persiapan memang tak sempatlah. Haaaa! Kita ke Putrajaya je la, jalan dengan main air, ok tak Kak Long? Anak dara ni tak kisah, asal dia ada terdengar perkataan jalan² dan dia cukup suka. Bawalah kemana pun, dia akan anggukkan kepalannya. Uminya setuju je :)
Sambil main air di presint 9, cuba kit lens EF-s 17-85mm IS asal. Masih gagah lagi lens ni!
Tapi dalam hati terdetik nak upgrade ke "fast lens" seperti Tamron 17-50mm 2.8 yang dah dijual dulu. Cuma kali ni kena lebih cepatlah! seperti EF 16-35mm 2.8L, EF 24-70mm 2.8L atau paling tidak pun EF-s 17-55mm 2.8 IS tapi dompet pun cepat jugalah ringannya kerana harga yang berdouble tripple! Cuma modal tu kena tampung dari sesuatulah.
Mari cuba snap tanpa total editing... cuma sedikit curve, sharpening dan di saizkan semula dengan CS4. Selebihnya adalah yang asli.


_MG_7100_MG_7095_MG_7096

Wednesday, November 17, 2010

Happy Eid-ul Adha! 2010

Salam alaikum,

Within this blog, my family and I should have this opportunity to wish a Happy Hari Raya Eid ul-Adha to all Muslims and every visitor of this blog. May all our deeds of worship accepted by Allah SWT which is what all our dreams of.
And for those who are on pilgrimage.. This is our prayers as may God blessed for all transactions facilitated to getting the mabrur (excepted) pilgrimage.
And who do worship the scarification task tomorrow, hopefully everything goes smoothly as expected. Takbir!! Selamat Hari Raya Haji/Korban :)
Unfortunate for tomorrow morning I wont be able to bring along my camera to capture this year's sacrification day due to my involvement with the community here.

Eid al Adha:
This festival, which comes at the end of the Hajj, remembers an event in the life of Ibrahim, which is the Arabic name for Abraham.
Ibrahim was chosen by Allah to share the word of the Unity of God. He had a single son, Ishmael.
-
About.com

Tuesday, November 9, 2010

Weekend with the kids...

Memandangkan hujung² minggu adalah masa yang cukup terluang untuk berehat dan bersantai. Waktu begini juga adalah yang paling ideal untuk bersama² dengan perwaris harta duniawi. Letih tetapi seronok untuk melihat telatah dan kerenah mereka sebab merekalah antara harta yang tak ternilai...

Weekend with the kids

Monday, November 1, 2010

New Blog Sheet... Photography

photo plus web
Recently I have made my mind to generate a new web link after meeting fellow photography mates at Shah Alam to persue a simple project. Although this is a working site, it is still under progress of construction.
And no longer mixed contents with my current personal blog, you may stick to this blog from here
Photo Plus.

Friday, October 29, 2010

Thanks Sigma...

This is my last day job with Sigma Rectrix at Ministry of Human Resources. Best of wishes to all my ex-colleague. Till we meet again friends.

Tuesday, October 26, 2010

Najwa admitted into pediatric ward again...

Dear K.long just went for surgery @ putrajaya hospital due to "trigger thumb" symptom. Anyway, don't be worried about her health since this was only a minor surgical for her better life and she is getting better everyday. Insyaallah, everything is getting back to normal.

Tuesday, October 19, 2010

Friday, October 1, 2010

Tuesday, September 7, 2010

Kasih penuh makna, kenangan penuh erti. Kembali menziarahi setelah beberapa purnama kembara diri di perantauan. Salam Syawal dihulurkan dengan genggaman salaman untuk bermaafan. Selamat Hari Raya pada seluruh muslimin dari pengusaha blog SlaveYard id. dan anak² sekeluarga. Berhati-hati ketika pulang ke kampung halaman, moga dapat kembali bertugas semula nanti.
(Direct translation) The full meaning of love, memories full of excitement. Return visit after a full moon self adventure. Salam Syawal given a handful of grip and shake for forgiveness. Selamat Hari Raya to all Muslims from the blog operators SlaveYard id. family and children. Be careful when driving or riding home, hope to get back on duty again later.
L0L, such funny words. Anyway, wishing you all Muslims a happy Eid ul-Fitr ;)

Barang² Diguna Pakai Untuk Dijual [Sold, every single of it!]

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Kali ini di blog ini memaparkan beberapa kes penjualan lensa milik pengusaha blog ini. L0L, sekadar bergurau ;)
Sekiranya ada yang berminat bolehlah melawati MukaBuku ini bagi keterangan lanjut.


Monday, September 6, 2010

Ujian Dugaan Menjelang Syawal..



Dalam menempuh Ramadhan, penghulu bulan sepanjang tahun. Sebahagian keluargaku telah ditimpa musibah yang cukup menyedihkan mereka. Malam kelmarin (Jumaat) dikala sedang membuat persiapan hari raya syawal yang bakal menjelang beberapa hari lagi, mereka telah diberi ujian yang berat malah mungkin cukup berat bagi kita semua. Rumah yang dihuni telah ranap dijilat api dalam sekelip mata sahaja. Segala maklumat penting, keperluan harian, serta tempat berteduh hilang dalam masa yang cukup pantas. Itulah penentuan yang telah ditetapkan olehNya. Apapun, alhamdulillah tiada kemalangan jiwa berlaku.
Sekiranya ada dikalangan kenalan, rakan, sahabat dan taulan yang ingin menyumbangkan sebarang bentuk bantuan bolehlah menghubungi Azizi Aj - 016 340 2780 atau ke akaun Maybank 107116828140 Nor Haznita Omar.
Kepada teman² yang telah menghulurkan bantuan mereka, kami mengucapkan jutaan terima kasih. Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa mereka.
Terima kasih.

Wednesday, September 1, 2010

Nyelam Sambil Minum Air ( simpulan bahasa aje )

big shark

Hujung minggu sudah, teringin nak berbuka puasa dengan keluarga dengan bermakan malam diluar. Mencari tempat makan di sekitar Kuala Lumpur, tapi hampa tiada yang berkenan. Alang² dah bawa anak² keluar jalan², singgah di Aquaria di KLCC setelah 3 tahun berlalu dari pertama kali ke sana.
Waktu itu Umi mengandungkan Wawa. Tp sekarang K.long dah pon masuk 3 tahun, dah besar dah! Kebetulan bulan Ogos ni, bulan lahir K.long dengan Abi. Kira hadiah jalan² kamilah.
Waktu berbuka tu, berbuka di situ juga dengan hanya menghirup air kosong kemudian bersolat di bilik sembahyang dalam bangunan tu juga. Tp ruang solatnya seluas masjid!
Dalam perjalanan balik, singgah ke warung William di Taman Megah untuk makan tp x habis sbb byk sgt, k.long dengan adik je yang terlebih makan. Sedap kot... ;)

Sunday, July 25, 2010

Selamat Ulang Tahun Pertama Adik!! 2010

Tuanku Mizan Zainal Abidin MosqueTuanku Mizan Zainal Abidin Mosque

Hari ni kami sekeluarga menyambut harijadi adik di rumah nenek :). Selang kemudian selepas potong dan makan kek, kami bergegas ke Putrajaya sebab adik dah mula ngamuk nak berjalan.
Memang tujuan kami ke sana untuk beriadah bersama dan ini juga kali pertama kami ke masjid Tuanku Mizan atau dikenali sebagai 'masjid besi'!

Friday, July 2, 2010

Sang Puteri Tidak Sihat...

03072010(003)
Setelah menyusul 5 hari lepas. K.long mula menunjukkan tanda sakit perut bermula. Sangkaan hanya sekadar kembung perut yang biasa dialami setiap kanak². Tetapi setelah hari ke-2, sangkaan mudah meleset sama sekali bila dah berulang alik ke klinik berkali-kali. Tinjauan ke hospital di hari ke-3 juga masih tidak membuahkan hasil dan menampakkan tanda² pulih, malah lebih kritikal. Hari ke-4 setelah di periksa secara menyeluruh, didapati K.long punya sakit perut yang dipanggil 'interception' di mana ususnya meneggelamkan bahagian usus yang lain. Umpama sebuah teleskop primitif, usus yang normal bila teleskop dikeluarkan panjang tetapi usus yang bermasalah apabila teleskop dipendekkan.
Apapun, keadaan masih belum pulih sepenuhnya. K.long kini yang masih terlantar di rumah sakit belum punya tanda pulih lagi.
Sebentar lagi, akan berangkat ke hospital untuk menemani K.long dan Umi disana.

Friday, June 11, 2010

Pengalaman Sudut Khayal...

Satu kisah bermula pada saat tiba-tiba diri berada di suatu majlis. Di dalam keramaian yang penuh sesak dengan orang ramai yang tidak diketahui latar belakang mereka, seraya tangan ini ditarik oleh sorang wanita yang pernah dikenali suatu masa dulu dengan iras muka jelita yang penuh ceria menjemput diri ke tengah-tengah keramaian tadi seperti ingin menunjukkan sesuatu di atas meja. “Eh, kek?” ya, majlis ini adalah sambutan hari jadi. Tertera diatas kek, bulan ‘Julai’ dan ‘34’. 34? 34 tahunkah? Tapi kepunyaan siapa kerana tiada nama yang tertera pula? Namun majlis tadi berlangsung dengan penuh meriah. Kek tadi dipotong dan disuapkan oleh wanita tadi penuh dengan keriangan seperti dimanja-manjakan.

Thursday, June 10, 2010

Angan².... Muahahahah!!!

versys_fav 2700x1797
Anganku... :)
Hari ni rasa kelam tapi banyak sangat berangan. Biasa la, sejak bersepi²an ni tekanan perasaan kian meningkat. Ada saja yang tak kena. Nak faham orang susah, apatah lagi untuk orang lain memahami diri ini. Nak cari yang sesuatu yang baru memang bermasalah. Tapi benda yang lama takkan bertahan lama dan akan lebih bermasalah! Semua perkara di dunia inikan bersifat sementara. Justeru, "upgrade" dan "renew" adalah wajib (n_n)
Minggu lepas, ikut Dak Adik ke Genting makan kabus dengan kereta barunya. Keje gila bila ke sana semata nak makan KFC kat First World! (selebihnya, adalah sebab tu :)) Lebih haru bila balik, naik kereta yang dipandu laju, tekak mula loya dan perut bergelodak serta mual. Mujur lah belum masuk "sebulan" punya penyakit. Sampai rumah terus kene food poisoning, padahal gestrik sebab tak makan.
Hawau you!!! Muahahahah...

Tuesday, May 4, 2010

Less Facebooking More Productives...

Baru² ni, rasanya hidup makin kelam. Lebih² lagi bila bila duduk sendirian. Rasa tak aman bila tak mengadap sesuatu, cuma masalahnya masa akan dibazirkan untuk setiap ruangan yang menjengkelkan, meremaskan dan tiada pembawaan faedah langsung.
Ya, memang mukabukulah puncanya. Tapi mengapa dia dipersalahkan? Di sebabkan diakah dunia menjadi kucar kacir? Sebahagian besarnya, tidak setelah diselidiki. Namun masih ada di sebalik wajah mukabuku ini yang menyebabkan ramai umat lalai dalam melaksanakan tugas dengan cemerlang, terutamanya para kakitangan kerajaan yang bertugas untuk negara. Pemerhatian setelah beberapa ketika di sektor ini, menunjukkan hampir 80 peratus daripada kakitangan punya akaun mukabuku sendiri dan yang menyedihkan hampir kesemuanya menghabiskan waktu antara 7 ke 8 jam sehari yakni lebih dari suku waktu dunia bagi satu putaran.
Apa yang direpekkan di sini adalah bagi mendapatkan matlamat dan bantuan dalam menguruskan waktu yang lebih berharga dari menanti maklum balas pengguna lain. Apakah matlamat penggunaan mukabuku ini sebenarnya? Adakah pembangunannya meliputi sifat positif keseluruhannya? Hampir segenap waktu diGugel bagi mendapatkan penerangan atau jawapan yang memang tiada tercatat di mana² laman.

Wednesday, March 10, 2010

Kek Khusus Untuk Perpaduan Ummah :)

Sekadar 'pengemaskinian' jenis kek terkini oleh Jana Rasa Warisan. Kek yang sesuai untuk mereka yang ingin bertunang dan/atau pun melangsungkan perkahwinan.

_MG_5583

Wednesday, February 24, 2010

One Pretty Boring Day...

Someone's Daughter...

Kids, you wish you were one of them again.
Children are unpredictable. You never know what inconsistency they're going to catch you in next. ~Franklin P. Jones
(Credited to Gopal)

Wednesday, February 17, 2010

Opportunaty To Create Your Own Photobook!

Banner-Promo-02

Well, as said. This is your chance to make your very own precious photobook with cheap bargain.
Since I'll be doing something with this company, I don't mind to share with you guys. Seriously, you'll be pleased with their printing and the material they are using. Anyway, you may contact them directly and don't hesitate to ask me also :)

Monday, February 8, 2010

Kamera DSLR Untuk Dijual!!!

IMG_5360

'Sorry "dear", I've to let you go'. Its been so sad that I am ready to leave my love ones go, but life goes on. But that's just another story for me. For you guys out there, who may or tend your interest into photography but had not enough budget for high end dslr. This is your opportunaty to have one, @ a really bargain price to have with all required as a complete set.
Well, since Im no longger able to hold many dslr camera bodies. Im willing to let go my old friend who had helping me a lot in photo learning. Its the Canon Kiss Digital (or 300D) which is still very useable even now a days. This set comes with its Canon 35-105mm lens, a Canon battery grip pack bg-e1, Canon leather hand grip, 2 bp-511a batteries with Canon pro dual charger ca-ps400, sunpak pz42x speedlite, an IR remote & Canon eyepiece extender. All for RM1100 with a firm price, more will be better lah ;). A very affordable price, I think. Item also may courrier to your door step within day or two or can meet me @ anywhere around Puchong & Equine park. I'm also willing to let go my favorite tammy, tamron 17-50mm 2.8 xr di2 lens @ special price.

Tuesday, January 19, 2010

Bercuti Sambil Bertugas... ;) INTAN & EPSA @ PD

_MG_5231_DPP copy2 copy3 small flat

Portrait Adik & Umi

Tempohari sebelum hujung minggu tiba, rakan sejawat datang berjumpa di meja bertanyakan perkara mengenai fotografi. Sangka sekadar soalan biasa, rupanya big bos minta tolong datang ke hotel Costa Rica di PD (PD lagi!) untuk sesi seminar INTAN mengenai EPSA dan perlu datang malam itu juga bagi majlis pembukaan.
Sampai saja jam lebih kurang 8.30 malam, seminar telah bermula. Sempat juga la tangkap mana² sudut atau acara penting. Kemudian, rakan tadi memberi tahu sekiranya ingin bermalam di hotel tersebut dan ianya di tanggung syarikat sebab seminar berlangsung selama 3 hari dan 2 malam serta shooting perlu sampai ke penutup. Wah, syok ler. Esok terus bawa famili untuk turut serta menginap.
Hasil? Agak boleh la sebab keadaan meeting room yang kecil dan kurang bercahaya walaupun peserta bertenaga :).

AyeEN2 | SlaveYarD id. Sights - View my most interesting photos on Flickriver

A Gentle Reminder... Thank You

Use of image or any medium from here is strictly prohibited without permission.
Please do not download or use any of the photo here.
All rights reserved by Azrin A.J.
SlaveYarD id.® and AyeEN2™ can be Googled for varification of identity.
© SlaveYarD id. Powered by Blogger.