Rasanya terlalu lama membiarkan laman blog ini terbiar begitu sahaja. Jadi hari ini akan di kumpulkan mana² agenda yang telah berlalu dan penghimpunan yang akan datang. Hujung tahun ini adalah yang agak kurang baik berlaku, namun ianya adalah rahsia sehingga bila kiranya ia sepatut diumukan kelak.
Apapun yang kurang baik biarlah ditepikan dulu, kita cari yang seeloknya berlakukan? Dalam tempoh dua bulan lepas, agenda agak kurang kerana tidak aktif seperti sebelumnya. Namun setidakknya adalah juga yang berlaku dan baik seperti konvo khatam Quran dan Qurban. Paling tidak pun untuk membantu adik² dan keluarga dalam menerajui perniagaan kuih-muih dan kek (Jana Rasa Warisan)!
Insyaallah akan datang juga, persandingan bakal raja sehari oleh anak bekas komisioner jeneral penjara (ketua pengarah penjara) Datuk Mustafa bin Osman yang akan berlangsung pada hujung minggu ini di penjara Kajang. Insyaallah.
Doakan yang terbaik untuk mereka² ini.
Wassalam.
Founder of Al-Ikhlas Smart Iqra' (ASIQ), Ust. Jait
Semasa acara korban 2009 di Taman Tenaga
Antara corak "Cup Cakes" yang tersedia untuk tempahan more pics
No comments:
Post a Comment