Pagi itu tidak ke tempat kerja, layan tido dengan kepala yang masih 'weng' akibat kesan ubat bagi menentang penyakit resdung.
Tapi Umi mengajak pula ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. "Hurm, tengahari ni kita pergi la ya!" dalam mamai layan Umi.Sampai waktu, terus gerak ke Putrajaya untuk urusan 'maternity checkup'. Lepas periksa, Umi terus kene tahan sebab 'laluan' dah ada. Umi ada kata rasa menyesal juga untuk checkup ni, sebab dia ingat boleh balik selepas itu. Mujurlah semua keperluan dah disediakan dan dibawa.
Malamnya Umi dah tak tahan nak balik. Beritahu dia, terpulang. "Nak tinggal atau ikut pulang ke rumah boleh saja, tapi kenelah tanya doktor dulu". Kaw tim punya kaw tim, Umi mengalah. Doktor pakar kata kena 'stay' sebab bila² masa boleh bersalin! Dengan perasaan sedih, dia terpaksa akur.
tag pendaftaran wad
raut wajah yang tak sabar menanti...
proses pemeriksaan yang seronok dilihat :)
Esok pagi lepas subuh, bergegas lagi ke hospital. Dari malam tadi Umi 'dok' call untuk temankan dia. Kontraksi mula mainkan peranan dan rasa sakit mula bertambah. Siangnya, darah mula mengalir keluar akibat pembikinan 'jalan'. Jam 12 tengahari, Umi dimasukkan ke 'labor room' sebagai langkah persediaan menyambut orang baru. "Tak solat Jumaat lah ni" bisik di hati.
Makin lama makin kerap kontraksi, Umi makin menderita. Tapi itulah ujian Tuhan tapi ada kelebihannya. Sebahagian besar dosa Umi telah diampunkanNya. Syahdu juga bila tengokkan Umi meronta kesakitan, linangan air mata membuktikannya.
Selepas puas meronta, tepat pukul 4 petang terbitlah putera yang dinantikan. (Malang sekali bagi seorang ketua doktor yang bertugas pada hari itu yang mengharapkan pembedahan dilakukan atas alasan protokol atau prosedur hospital kerana nadi si kecil yang sedikit lemah. Namun, berkeras agar kelahiran secara normal diteruskan. Turut serta yang menyokong keputusan itu adalah majoriti staf jururawat yang mengambil bahagian dalam menyambut kehadiran bayi. Tapi mengapa pembedahan adalah harus bagi doktor bersalin kini eh?) Dengan lekas staff nurse membawa si kecil tadi untuk mencuci laluan pernafasannya dan diserahkan kembali setelah dibersihkan untuk dilaungkan azan dan disusukan. Alhamdulillah segalanya telah berlaku dengan pantas, selamat dan selesa.
Malam ini, sekali lagi Umi dan si comel ni ditahan di wad bersalin. Pemeriksaan lanjut akan dilakukan bagi memastikan 'baby' dan induk dalam berada keadaan stabil.
Sendirian pulang ke rumah untuk bersihkan diri sendirilah pula. Esok akan kesana lagi untuk daftar keluar bila semuanya dah OK...
Masa ni tengah makan sengsorang kat restoran depan rumah sambil kemaskini blog ni.

perspektif biasa bagi seorang bayi selepas dilahirkan
kehadiran atuk² dan nenek² yang turut serta merasakan kehadirannya
dakapan mak cik yang menggamit rasa selesa si kecil
bla... bla... bla... cerita si Umi yang menceriakan suasana
Dan nampak gaya, bertambah la koleksi gambar anak² lagi ;)
6 comments:
Congrats my prends....semoga akan tambah berseri lagi rumah tangga kowang berdua dengan kehadiran si kecil nie...kirim salam aku dan isteri kat zaidah ek......
terima kasih bro.
insyaallah, salam akan disampaikan.
congrats ayeen.....smg korang sekeluarga lbh bahagia dgn kehadiran org baru.....doakan utk aku jugak......
terima kasih diana...
insyaallah, semoga sesama kita merasa keberkatannya...
anyway, doamu doaku jua... har har har!!!
bro...sorylah aku baru tau, tahniah bro! bertambah rezeki ko leas ni...
thanks bro lee...
insyaallah, mudahan semuanya mudah buat kita semua :)
Post a Comment