About SlaveYarD id.

My photo
I am a Malaysian amateur photographer based in Klang Valley, Malaysia and I’m also into such fields as corporate, event, product, portraiture and wedding photography. I use semi/professional grade equipment for all of my photo shoots. Following the event, I meticulously review and fine tune each photo using advanced editing software before selecting the best images to be placed in the designated album of your choice. I'm always looking to capture most meaningful moments in time and to immortalize them for posterity. For me, every event is both unique and important, be it a wedding, corporate function and vise versa. Prior to the event, I consult with my clients to determine their preferences and confirm the agenda to ensure that everything is perfect. I am available for overseas assignments on request. Willing to travel to your favorite destination in order to capture your important day! Feel free to browse my blog. You may contact me and we can discuss your specific requirements. e-mail: ayeen2@gmail.com | contact: +6012.665.1679 http://photoplusgraphy.blogspot.com http://ayeen2.blogspot.com/ http://www.flickr.com/photos/ayeen2/

Tuesday, November 11, 2008

Pak Ndak Umi Naik Haji

Minggu sudah, ada jemputan kenduri dari bapa saudara Umi di Tampoi. Maka berduyunlah saudara yang datang untuk menginap sementara di rumahku jua rumah kembar Umi.
Riuh rendah toksah cerita la, memang bingit. Tapi rasa seronok bila tengok suasana ceria yang bergelak ketawa bak hilaian momok, tangisan budak², orang ramai berborak etc. Cuma malangnya, tak berkesempatan untuk memetik beberapa kepingan gambar bagi di jadikan kenangan kerana terlalu sibuk melayan tetamu tika di rumah.
Setelah 2 hari berlalu dan hampir selesai semua pulang, masih ada saki baki yang nak merasa tempat makan di bawah pokok besar. Iaitu di Anjung Warisan, berhampiran dengan Hutan Bandar di Johor ni.
Lagi sekali, malang nasib kami sebab diberi layanan dengan perkhidmatan yang begitu tak sempurna. Lain yang diminta, lain pula yang datang. Ada pula tu, yang dipesan tak kesampaian sehingga dah nak balik baru terkial nak hidang. Orang dah masuk angin dalam perut, mana ada selera dahkan? Kesian, yang kene pula tu datang dari jauh. Terpaksalah makan kat tempat lain...
Sebelum ni, 2-3 kali juga la datang makan kat sini. Tapi takda la masalah seteruk ni. Ishk, segan pada saudara-mara yang datang jauh balik lambat semata nak lepak kat sini.


Pesanan ringkas begini pun jadi masalah!

Sabar menanti sambil borak panjang lebar oleh kaum hawa...!

Wawa yang menitik air mata sebab kelaparan

Big Bosses yang mula fed up dengan pesanan yang masih tak kunjung tiba

Sambil menunggu, layan irama dengan ape ntah nama alat muziknya "tangalong" kata Zaihan

No comments:

AyeEN2 | SlaveYarD id. Sights - View my most interesting photos on Flickriver

A Gentle Reminder... Thank You

Use of image or any medium from here is strictly prohibited without permission.
Please do not download or use any of the photo here.
All rights reserved by Azrin A.J.
SlaveYarD id.® and AyeEN2™ can be Googled for varification of identity.
© SlaveYarD id. Powered by Blogger.