Dalam menempuh Ramadhan, penghulu bulan sepanjang tahun. Sebahagian keluargaku telah ditimpa musibah yang cukup menyedihkan mereka. Malam kelmarin (Jumaat) dikala sedang membuat persiapan hari raya syawal yang bakal menjelang beberapa hari lagi, mereka telah diberi ujian yang berat malah mungkin cukup berat bagi kita semua. Rumah yang dihuni telah ranap dijilat api dalam sekelip mata sahaja. Segala maklumat penting, keperluan harian, serta tempat berteduh hilang dalam masa yang cukup pantas. Itulah penentuan yang telah ditetapkan olehNya. Apapun, alhamdulillah tiada kemalangan jiwa berlaku.
Sekiranya ada dikalangan kenalan, rakan, sahabat dan taulan yang ingin menyumbangkan sebarang bentuk bantuan bolehlah menghubungi Azizi Aj - 016 340 2780 atau ke akaun Maybank 107116828140 Nor Haznita Omar.
Kepada teman² yang telah menghulurkan bantuan mereka, kami mengucapkan jutaan terima kasih. Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa mereka.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment