
Kasih penuh makna, kenangan penuh erti. Kembali menziarahi setelah beberapa purnama kembara diri di perantauan. Salam Syawal dihulurkan dengan genggaman salaman untuk bermaafan. Selamat Hari Raya pada seluruh muslimin dari pengusaha blog SlaveYard id. dan anak² sekeluarga. Berhati-hati ketika pulang ke kampung halaman, moga dapat kembali bertugas semula nanti.
(Direct translation) The full meaning of love, memories full of excitement. Return visit after a full moon self adventure. Salam Syawal given a handful of grip and shake for forgiveness. Selamat Hari Raya to all Muslims from the blog operators SlaveYard id. family and children. Be careful when driving or riding home, hope to get back on duty again later.
L0L, such funny words. Anyway, wishing you all Muslims a happy Eid ul-Fitr ;)
Assalamualaikum & salam sejahtera,
Kali ini di blog ini memaparkan beberapa kes penjualan lensa milik pengusaha blog ini. L0L, sekadar bergurau ;)
Sekiranya ada yang berminat bolehlah melawati MukaBuku ini bagi keterangan lanjut.
Dalam menempuh Ramadhan, penghulu bulan sepanjang tahun. Sebahagian keluargaku telah ditimpa musibah yang cukup menyedihkan mereka. Malam kelmarin (Jumaat) dikala sedang membuat persiapan hari raya syawal yang bakal menjelang beberapa hari lagi, mereka telah diberi ujian yang berat malah mungkin cukup berat bagi kita semua. Rumah yang dihuni telah ranap dijilat api dalam sekelip mata sahaja. Segala maklumat penting, keperluan harian, serta tempat berteduh hilang dalam masa yang cukup pantas. Itulah penentuan yang telah ditetapkan olehNya. Apapun, alhamdulillah tiada kemalangan jiwa berlaku.
Sekiranya ada dikalangan kenalan, rakan, sahabat dan taulan yang ingin menyumbangkan sebarang bentuk bantuan bolehlah menghubungi Azizi Aj - 016 340 2780 atau ke akaun Maybank 107116828140 Nor Haznita Omar.
Kepada teman² yang telah menghulurkan bantuan mereka, kami mengucapkan jutaan terima kasih. Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa mereka.
Terima kasih.
Hujung minggu sudah, teringin nak berbuka puasa dengan keluarga dengan bermakan malam diluar. Mencari tempat makan di sekitar Kuala Lumpur, tapi hampa tiada yang berkenan. Alang² dah bawa anak² keluar jalan², singgah di Aquaria di KLCC setelah 3 tahun berlalu dari pertama kali ke sana.
Waktu itu Umi mengandungkan Wawa. Tp sekarang K.long dah pon masuk 3 tahun, dah besar dah! Kebetulan bulan Ogos ni, bulan lahir K.long dengan Abi. Kira hadiah jalan² kamilah. Waktu berbuka tu, berbuka di situ juga dengan hanya menghirup air kosong kemudian bersolat di bilik sembahyang dalam bangunan tu juga. Tp ruang solatnya seluas masjid!
Dalam perjalanan balik, singgah ke warung William di Taman Megah untuk makan tp x habis sbb byk sgt, k.long dengan adik je yang terlebih makan. Sedap kot... ;)
A Gentle Reminder... Thank You
Use of image or any medium from here is strictly prohibited without permission.
Please do not download or use any of the photo here.
All rights reserved by Azrin A.J.
SlaveYarD id.® and AyeEN2™ can be Googled for varification of identity.