About SlaveYarD id.

My photo
I am a Malaysian amateur photographer based in Klang Valley, Malaysia and I’m also into such fields as corporate, event, product, portraiture and wedding photography. I use semi/professional grade equipment for all of my photo shoots. Following the event, I meticulously review and fine tune each photo using advanced editing software before selecting the best images to be placed in the designated album of your choice. I'm always looking to capture most meaningful moments in time and to immortalize them for posterity. For me, every event is both unique and important, be it a wedding, corporate function and vise versa. Prior to the event, I consult with my clients to determine their preferences and confirm the agenda to ensure that everything is perfect. I am available for overseas assignments on request. Willing to travel to your favorite destination in order to capture your important day! Feel free to browse my blog. You may contact me and we can discuss your specific requirements. e-mail: ayeen2@gmail.com | contact: +6012.665.1679 http://photoplusgraphy.blogspot.com http://ayeen2.blogspot.com/ http://www.flickr.com/photos/ayeen2/

Friday, June 11, 2010

Pengalaman Sudut Khayal...

Satu kisah bermula pada saat tiba-tiba diri berada di suatu majlis. Di dalam keramaian yang penuh sesak dengan orang ramai yang tidak diketahui latar belakang mereka, seraya tangan ini ditarik oleh sorang wanita yang pernah dikenali suatu masa dulu dengan iras muka jelita yang penuh ceria menjemput diri ke tengah-tengah keramaian tadi seperti ingin menunjukkan sesuatu di atas meja. “Eh, kek?” ya, majlis ini adalah sambutan hari jadi. Tertera diatas kek, bulan ‘Julai’ dan ‘34’. 34? 34 tahunkah? Tapi kepunyaan siapa kerana tiada nama yang tertera pula? Namun majlis tadi berlangsung dengan penuh meriah. Kek tadi dipotong dan disuapkan oleh wanita tadi penuh dengan keriangan seperti dimanja-manjakan.

Seperti beberapa ketika waktu kemudian, terasa diri ini begitu mesra dengan wanita itu dan umpama sepasang kekasih. Mengapa begitu baik dia pada diri ini? Adakah pernah dilakukan kebaikan pada dia? Mungkin. Dan kemudian diri seperti dibawa bertemu dengan ibu bapa wanita tadi umpama ingin memohon restu untuk hubungan ini dan ianya diterima tanpa kompromi. Pada masa yang sama, didatangi pula dengan seorang wanita yang amat dikenali. Dilihat pada dirinya dari atas ke bawah, sangat daif dari segi urusan diri dan kesihatannya. Dia seperti memohon agar jangan diteruskan hubungan tadi kerana amat meyiksakan dirinya. Namun, rayuan itu tidak diendahkan malah diri ini memohon jutaan kemaafan atas apa yang telah berlaku.

Keadaan diri ketika itu sungguh berbeza, seperti punya kebolehan dalam apa jua perkara dan urusan serta kesemuanya berjaya dilakukan dan hampir setiap detik diri ini akan bersama dengan wanita yang menyanjunginya tadi seperti setiap detik penuh kemanisan berpasangan. Mata bertentang mata seperti ada pertanyaan dan dijawab dengan penuh makna tanda persetujuan. Harinya tiba dan kini bersama membina mahligai dengan segala kelengkapan dan keperluan yang sangat mencukupi dalam menempuh hidup.

Hari-hari dilalui dengan penuh bahagia seperti tanpa sebarang masalah yang timbul. Mungkin pernah diri ini menjelaskan padanya tentang didikan serta kefahaman dalam mengharungi liku hidup bersama dan dia hanya sekadar mengangguk akur. Dan, seperti seketika kemudian pintu rumah didatangi dua insan yang diri mengenali mereka ini. Sejurus daun pintu jeriji dibuka, kaki ini di sujud oleh salah seorang insan tadi sama seperti pernah dilakukan dulu pada insan itu. Pengampunan dipinta dengan kederasan esakkan agar kembali pada kehidupan yang sebelumnya didesak seperti sungguh-sungguh diinsafinya. Akan tetapi, umpama nasi sudah menjadi bubur diri ini menolak harapan tadi kerana tiada apa yang dapat dilakukan dan kehidupan harus diteruskan kerana kesemuanya adalah tetapanNya.

Terus diri dibawa ke satu tempat disisi katil seperti di rumah sakit. Dilihat wanita yang amat dikenali tadi berada di dalam keadaan yang sungguh nazak. Terkujur tubuhnya yang begitu kurus dan cukup menyedihkan. Namun, seperti tiada kata-kata yang boleh diluahkan dan hanya dapat memerhatikannya dengan penuh keinsafan. Kelihatan arus airmata menitis satu persatu disisi mata wanita itu yang terpejam rapat. Keadaan seperti pantas berlaku dan kini berada di tanah perkuburan pula yang telah selesai dibacakan surah Yasin. Diri ini bangkit dan menjelaskan, “Jikalah dulu diakurkan yang baik, mudah diterima dan tiada keangkuhan tentu tidak begini jadinya. Biarlah balasan tetap diberikan dari amalan kerana keduanya tidak mengetahui sifat-sifat itu dulu.” Lalu diri ini pergi dari situ dengan keadaan yang penuh ketenangan dengan sepoi-sepoi angin yang bertiup.

Peninggalannya meletakkan pewaris yang kini dalam jagaan keluarga ini. Dimanja dan ditatang bagai minyak yang penuh oleh wanita ceria yang menyanyangi kesemuanya di dalam teratak indah ini. Tidak pula dibeza-bezakan kemesraan dengan anak-anak yang berdarah daging olehnya. Diperhatikan dari jauh diri ini terasa begitu bertuah, diinsafkan dan dikurniakan keberkatan, rezeki dan rahmat. Terjurai airmata ini tanda kesyukuran.

Kini, diri ini telah usang. Matanya dipejam dan tidak akan celik semula. Dikelilinginya oleh anak-anak tadi yang kini telah berjaya kesemuanya dengan pasangan dan waris masing-masing. Sekali lagi diri dibanjiri dengan linangan kesedihan penuh syahdu yang bakal diusung ke liang lahat untuk di hisab nasib dirinya. Tanah mula dikambus terus kebadan ini dan kesemua ahli keluarga mula pulang meratap sepi. Selang beberapa ketika kemudian, dibisikkan ke telinga dengan deras angin seperti ribut dan halilintar yang menyebut “Bangkitlah!”

Lantas diri ini dikejutkan... penuh dengan deraian keringat dingin. Fuh! Ngigau rupanya, pelik betul ceritanya. Ni mesti kes tidur tak basuh kaki ni (>^<)

Arrgghh, jam kat dinding dah menunjukkan waktu fajar terbit hampir tiba. Terus ke bilik air untuk berhadas. Dalam waktu itu, mengeletar satu badan masih belum juga hilang. Habis je untuk bersujud yang akhir, terus berdoa agar dijauhkan perkara-perkara yang tak diingini. Amen...

Masuk ofis pagi ni. Masih lagi terngiang cerita ini, lalu di taip satu persatu melalui apa yang masih boleh diingatkan dan sebagai kenangan peribadi buat semua. Terima kasih kerana kesudian anda semua yang membaca coretan tak bermakna pada sesiapa ini. (n_n)

p/s: pada sesiapa yang tahu tentang amalan merakamkan detik mimpi ke penulisan adalah perkara yang tidak baik kerana jahilnya ilmu tentang ini. Bolehlah berhubung untuk menerangkannya.

No comments:

AyeEN2 | SlaveYarD id. Sights - View my most interesting photos on Flickriver

A Gentle Reminder... Thank You

Use of image or any medium from here is strictly prohibited without permission.
Please do not download or use any of the photo here.
All rights reserved by Azrin A.J.
SlaveYarD id.® and AyeEN2™ can be Googled for varification of identity.
© SlaveYarD id. Powered by Blogger.