Ya, memang mukabukulah puncanya. Tapi mengapa dia dipersalahkan? Di sebabkan diakah dunia menjadi kucar kacir? Sebahagian besarnya, tidak setelah diselidiki. Namun masih ada di sebalik wajah mukabuku ini yang menyebabkan ramai umat lalai dalam melaksanakan tugas dengan cemerlang, terutamanya para kakitangan kerajaan yang bertugas untuk negara. Pemerhatian setelah beberapa ketika di sektor ini, menunjukkan hampir 80 peratus daripada kakitangan punya akaun mukabuku sendiri dan yang menyedihkan hampir kesemuanya menghabiskan waktu antara 7 ke 8 jam sehari yakni lebih dari suku waktu dunia bagi satu putaran.
Apa yang direpekkan di sini adalah bagi mendapatkan matlamat dan bantuan dalam menguruskan waktu yang lebih berharga dari menanti maklum balas pengguna lain. Apakah matlamat penggunaan mukabuku ini sebenarnya? Adakah pembangunannya meliputi sifat positif keseluruhannya? Hampir segenap waktu diGugel bagi mendapatkan penerangan atau jawapan yang memang tiada tercatat di mana² laman.
Aahhh.. tapi mukabuku ini telah membantu dalam menurunkan berat badan hingga hampir 20 peratus dari sebelumnya. Mungkin kerana kurang penghadaman makanan berlebihan. Cuma bila difikirkan kembali, akan membawa pula pada kecelakaan penyakit kerana kurang sumber tenaga dan vitamin dalam proses penghasilan sel imunisasi.
Acap kali bila mendengar ramai teman yang berjaya, tiada punya akaun mukabuku sendiri. Imbasan lampau menghasilkan konklusi yang mereka tidak mendedahkan diri pada pembaziran waktu.
Biarlah, pada mereka yang menyokong mahupun membantah. Pendekatan alasan melalui pemikiran rasionalisma adalah milik masing².
Keseronokan berjoli tidak salah asal tidak mengenepikan unsur² murni seperti ibadah dan seumpanya yang berkait dengan kepercayaan serta melebihi batas peribadi diri. Apapun semuanya bedasarkan tepuk dada, tanyakan selera diri masing²...
No comments:
Post a Comment