Portrait Adik & Umi
Tempohari sebelum hujung minggu tiba, rakan sejawat datang berjumpa di meja bertanyakan perkara mengenai fotografi. Sangka sekadar soalan biasa, rupanya big bos minta tolong datang ke hotel Costa Rica di PD (PD lagi!) untuk sesi seminar INTAN mengenai EPSA dan perlu datang malam itu juga bagi majlis pembukaan.
Sampai saja jam lebih kurang 8.30 malam, seminar telah bermula. Sempat juga la tangkap mana² sudut atau acara penting. Kemudian, rakan tadi memberi tahu sekiranya ingin bermalam di hotel tersebut dan ianya di tanggung syarikat sebab seminar berlangsung selama 3 hari dan 2 malam serta shooting perlu sampai ke penutup. Wah, syok ler. Esok terus bawa famili untuk turut serta menginap.
Hasil? Agak boleh la sebab keadaan meeting room yang kecil dan kurang bercahaya walaupun peserta bertenaga :).
once check in to me room
sementara bertugas, famili pi men bowling kat atas
telatah adik-beradik sebelum tidur
penyampaian sijil sebagai acara penutup
barisan tenaga EPSA dari INTAN
telatah aina najwa bila berjalan
kak long yang sememangnya bukan jenis penakut (itu yang menakutkan orang tuanya :))
No comments:
Post a Comment