About SlaveYarD id.

My photo
I am a Malaysian amateur photographer based in Klang Valley, Malaysia and I’m also into such fields as corporate, event, product, portraiture and wedding photography. I use semi/professional grade equipment for all of my photo shoots. Following the event, I meticulously review and fine tune each photo using advanced editing software before selecting the best images to be placed in the designated album of your choice. I'm always looking to capture most meaningful moments in time and to immortalize them for posterity. For me, every event is both unique and important, be it a wedding, corporate function and vise versa. Prior to the event, I consult with my clients to determine their preferences and confirm the agenda to ensure that everything is perfect. I am available for overseas assignments on request. Willing to travel to your favorite destination in order to capture your important day! Feel free to browse my blog. You may contact me and we can discuss your specific requirements. e-mail: ayeen2@gmail.com | contact: +6012.665.1679 http://photoplusgraphy.blogspot.com http://ayeen2.blogspot.com/ http://www.flickr.com/photos/ayeen2/

Sunday, July 25, 2010

Selamat Ulang Tahun Pertama Adik!! 2010

Tuanku Mizan Zainal Abidin MosqueTuanku Mizan Zainal Abidin Mosque

Hari ni kami sekeluarga menyambut harijadi adik di rumah nenek :). Selang kemudian selepas potong dan makan kek, kami bergegas ke Putrajaya sebab adik dah mula ngamuk nak berjalan.
Memang tujuan kami ke sana untuk beriadah bersama dan ini juga kali pertama kami ke masjid Tuanku Mizan atau dikenali sebagai 'masjid besi'!

Friday, July 2, 2010

Sang Puteri Tidak Sihat...

03072010(003)
Setelah menyusul 5 hari lepas. K.long mula menunjukkan tanda sakit perut bermula. Sangkaan hanya sekadar kembung perut yang biasa dialami setiap kanak². Tetapi setelah hari ke-2, sangkaan mudah meleset sama sekali bila dah berulang alik ke klinik berkali-kali. Tinjauan ke hospital di hari ke-3 juga masih tidak membuahkan hasil dan menampakkan tanda² pulih, malah lebih kritikal. Hari ke-4 setelah di periksa secara menyeluruh, didapati K.long punya sakit perut yang dipanggil 'interception' di mana ususnya meneggelamkan bahagian usus yang lain. Umpama sebuah teleskop primitif, usus yang normal bila teleskop dikeluarkan panjang tetapi usus yang bermasalah apabila teleskop dipendekkan.
Apapun, keadaan masih belum pulih sepenuhnya. K.long kini yang masih terlantar di rumah sakit belum punya tanda pulih lagi.
Sebentar lagi, akan berangkat ke hospital untuk menemani K.long dan Umi disana.

Friday, June 11, 2010

Pengalaman Sudut Khayal...

Satu kisah bermula pada saat tiba-tiba diri berada di suatu majlis. Di dalam keramaian yang penuh sesak dengan orang ramai yang tidak diketahui latar belakang mereka, seraya tangan ini ditarik oleh sorang wanita yang pernah dikenali suatu masa dulu dengan iras muka jelita yang penuh ceria menjemput diri ke tengah-tengah keramaian tadi seperti ingin menunjukkan sesuatu di atas meja. “Eh, kek?” ya, majlis ini adalah sambutan hari jadi. Tertera diatas kek, bulan ‘Julai’ dan ‘34’. 34? 34 tahunkah? Tapi kepunyaan siapa kerana tiada nama yang tertera pula? Namun majlis tadi berlangsung dengan penuh meriah. Kek tadi dipotong dan disuapkan oleh wanita tadi penuh dengan keriangan seperti dimanja-manjakan.

Thursday, June 10, 2010

Angan².... Muahahahah!!!

versys_fav 2700x1797
Anganku... :)
Hari ni rasa kelam tapi banyak sangat berangan. Biasa la, sejak bersepi²an ni tekanan perasaan kian meningkat. Ada saja yang tak kena. Nak faham orang susah, apatah lagi untuk orang lain memahami diri ini. Nak cari yang sesuatu yang baru memang bermasalah. Tapi benda yang lama takkan bertahan lama dan akan lebih bermasalah! Semua perkara di dunia inikan bersifat sementara. Justeru, "upgrade" dan "renew" adalah wajib (n_n)
Minggu lepas, ikut Dak Adik ke Genting makan kabus dengan kereta barunya. Keje gila bila ke sana semata nak makan KFC kat First World! (selebihnya, adalah sebab tu :)) Lebih haru bila balik, naik kereta yang dipandu laju, tekak mula loya dan perut bergelodak serta mual. Mujur lah belum masuk "sebulan" punya penyakit. Sampai rumah terus kene food poisoning, padahal gestrik sebab tak makan.
Hawau you!!! Muahahahah...

Tuesday, May 4, 2010

Less Facebooking More Productives...

Baru² ni, rasanya hidup makin kelam. Lebih² lagi bila bila duduk sendirian. Rasa tak aman bila tak mengadap sesuatu, cuma masalahnya masa akan dibazirkan untuk setiap ruangan yang menjengkelkan, meremaskan dan tiada pembawaan faedah langsung.
Ya, memang mukabukulah puncanya. Tapi mengapa dia dipersalahkan? Di sebabkan diakah dunia menjadi kucar kacir? Sebahagian besarnya, tidak setelah diselidiki. Namun masih ada di sebalik wajah mukabuku ini yang menyebabkan ramai umat lalai dalam melaksanakan tugas dengan cemerlang, terutamanya para kakitangan kerajaan yang bertugas untuk negara. Pemerhatian setelah beberapa ketika di sektor ini, menunjukkan hampir 80 peratus daripada kakitangan punya akaun mukabuku sendiri dan yang menyedihkan hampir kesemuanya menghabiskan waktu antara 7 ke 8 jam sehari yakni lebih dari suku waktu dunia bagi satu putaran.
Apa yang direpekkan di sini adalah bagi mendapatkan matlamat dan bantuan dalam menguruskan waktu yang lebih berharga dari menanti maklum balas pengguna lain. Apakah matlamat penggunaan mukabuku ini sebenarnya? Adakah pembangunannya meliputi sifat positif keseluruhannya? Hampir segenap waktu diGugel bagi mendapatkan penerangan atau jawapan yang memang tiada tercatat di mana² laman.
AyeEN2 | SlaveYarD id. Sights - View my most interesting photos on Flickriver

A Gentle Reminder... Thank You

Use of image or any medium from here is strictly prohibited without permission.
Please do not download or use any of the photo here.
All rights reserved by Azrin A.J.
SlaveYarD id.® and AyeEN2™ can be Googled for varification of identity.
© SlaveYarD id. Powered by Blogger.