About SlaveYarD id.

My photo
I am a Malaysian amateur photographer based in Klang Valley, Malaysia and I’m also into such fields as corporate, event, product, portraiture and wedding photography. I use semi/professional grade equipment for all of my photo shoots. Following the event, I meticulously review and fine tune each photo using advanced editing software before selecting the best images to be placed in the designated album of your choice. I'm always looking to capture most meaningful moments in time and to immortalize them for posterity. For me, every event is both unique and important, be it a wedding, corporate function and vise versa. Prior to the event, I consult with my clients to determine their preferences and confirm the agenda to ensure that everything is perfect. I am available for overseas assignments on request. Willing to travel to your favorite destination in order to capture your important day! Feel free to browse my blog. You may contact me and we can discuss your specific requirements. e-mail: ayeen2@gmail.com | contact: +6012.665.1679 http://photoplusgraphy.blogspot.com http://ayeen2.blogspot.com/ http://www.flickr.com/photos/ayeen2/
Showing posts with label old life. Show all posts
Showing posts with label old life. Show all posts

Monday, July 20, 2009

Kembali Melayari...

Sebab laluan gah wimax disekat oleh pembangunan pesat, talian hebat Celcom yang "cukup² makan" diguna ganti.
Dengan tenang, mengemaskini blog ini sambil hirup air sejuk.

(Tiada keberanian untuk menggunakan kemudahan di pejabat juga penyebab blog tertunda.)

Wawa Almost 2YO Now
Dengan penuh tekun, menyedut air kosong...

Tuesday, April 14, 2009

ESEMPI Reunion Classes Of '96

Ha'ah (that's right), just read it out loud. Its the gathering of my ol' schoolmates from Sekolah Menengah Puchong Batu 14 (1991-1996). Although its quite exited and honored to meet a long lost friends (mostly and almost 13 years), unfortunately the event was a bit disappointed from lammed services of the venue chosen.
Sebenarnya, ini adalah pertama kali (atau mungkin julung kalinya) pembabitan diri dalam perjumpaan reunion sekolah seperti ini setelah berpisah dan membawa haluan masing² untuk tempoh 13 tahun kemudiannya. Memang seronok dapat berjumpa kawan² lama yang punya banyak perubahan fizikal tapi tidak pada tingkah laku masing².
Menurut penganjur (Mr.Ijam), sejumlah 32 orang belia ESEMPI'96 berjaya di kumpulkan dan tidak termasuk jumlah pasangan yang bukan ahli dan anak² yang turut serta menghiburkan suasana. Ucapan terima kasih dan sekalung tahniah pada penganjur serta yang membantu yang telah berjaya merialisasikan perjumpaan ini.
Berlangsungnya agenda ini bertempat di satu restoran makanan laut di Bandar Baru Bangi yang dikira agak kurang memuaskan dari segi lokasi, persekitaran dan perkhidmatan. Pun begitu, kerana keadaan yang gamat dengan tawa hilai, borak punya borak, teriakan anak², membuatkan semua hampir terlupa dengan hidangan yang ala kadar. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.
Menurut pengerusi lagi, kes ini akan disambung ke masa mendatang nanti. Insyaallah.


Esempi14 10 Years Reunion

Monday, November 24, 2008

Bakal Tinggal Kenangan...

'Sangat tak lama lagi' keluarga penama laman ini akan pulang semula ke Puchong, Selangor. Setelah lebih kurang 2 tahun berada di Johor Bahru dan masih belum puas kiranya berada di sini.
Namun, ini kerana Umi Wawa telah mendapat panggilan dari UITM bagi melaporkan diri pada 1 Disember ini untuk bertugas. Berita ini agak gempar kerana arahan diterima kurang dari sebulan notis pemberhentian kerja dan Umi belum pun dua bulan berpindah ke firma barunya.
Jadi, proses perpindahan sedang dijalankan dengan rancaknya di rumah. Sedikit demi sedikit barang² perhiasan, santai, perkakas dan keperluan rumah di bungkuskan semula ke dalam kotak² yang telah dikumpulkan.
Rasanya seperti baru berpindah ke sini semalam dan hari ini kembali semula ke tempat lama. Sementara tidak bertugas lagi buat waktu ini, terfikir untuk membantu orang tua di kebun. Dengar ceritanya, projek pembiakan cacing menjadi dan mampu menghasilkan pendapatan lumayan (RM2K perkilo bagi setiap minggu!). Hasil tanaman limau juga membuahkan pendatapan sampingan. Serta, dapatlah berjumpa semula dengan fotografer KL dan kenalan² baru. Akmal Adnan pula di institusi yang sama dengan Umi, boleh riki² ilmu dengan mamat ni.
AyeEN2 | SlaveYarD id. Sights - View my most interesting photos on Flickriver

A Gentle Reminder... Thank You

Use of image or any medium from here is strictly prohibited without permission.
Please do not download or use any of the photo here.
All rights reserved by Azrin A.J.
SlaveYarD id.® and AyeEN2™ can be Googled for varification of identity.
© SlaveYarD id. Powered by Blogger.