Pagi itu tidak ke tempat kerja, layan tido dengan kepala yang masih 'weng' akibat kesan ubat bagi menentang penyakit resdung.
Tapi Umi mengajak pula ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. "Hurm, tengahari ni kita pergi la ya!" dalam mamai layan Umi.Sampai waktu, terus gerak ke Putrajaya untuk urusan 'maternity checkup'. Lepas periksa, Umi terus kene tahan sebab 'laluan' dah ada. Umi ada kata rasa menyesal juga untuk checkup ni, sebab dia ingat boleh balik selepas itu. Mujurlah semua keperluan dah disediakan dan dibawa.
Malamnya Umi dah tak tahan nak balik. Beritahu dia, terpulang. "Nak tinggal atau ikut pulang ke rumah boleh saja, tapi kenelah tanya doktor dulu". Kaw tim punya kaw tim, Umi mengalah. Doktor pakar kata kena 'stay' sebab bila² masa boleh bersalin! Dengan perasaan sedih, dia terpaksa akur.
tag pendaftaran wad