Hujung minggu sudah, teringin nak berbuka puasa dengan keluarga dengan bermakan malam diluar. Mencari tempat makan di sekitar Kuala Lumpur, tapi hampa tiada yang berkenan. Alang² dah bawa anak² keluar jalan², singgah di Aquaria di KLCC setelah 3 tahun berlalu dari pertama kali ke sana.
Waktu itu Umi mengandungkan Wawa. Tp sekarang K.long dah pon masuk 3 tahun, dah besar dah! Kebetulan bulan Ogos ni, bulan lahir K.long dengan Abi. Kira hadiah jalan² kamilah. Waktu berbuka tu, berbuka di situ juga dengan hanya menghirup air kosong kemudian bersolat di bilik sembahyang dalam bangunan tu juga. Tp ruang solatnya seluas masjid!
Dalam perjalanan balik, singgah ke warung William di Taman Megah untuk makan tp x habis sbb byk sgt, k.long dengan adik je yang terlebih makan. Sedap kot... ;)


Hari ni kami sekeluarga menyambut harijadi adik di rumah nenek :). Selang kemudian selepas potong dan makan kek, kami bergegas ke Putrajaya sebab adik dah mula ngamuk nak berjalan. Memang tujuan kami ke sana untuk beriadah bersama dan ini juga kali pertama kami ke masjid Tuanku Mizan atau dikenali sebagai 'masjid besi'!
Setelah menyusul 5 hari lepas. K.long mula menunjukkan tanda sakit perut bermula. Sangkaan hanya sekadar kembung perut yang biasa dialami setiap kanak². Tetapi setelah hari ke-2, sangkaan mudah meleset sama sekali bila dah berulang alik ke klinik berkali-kali. Tinjauan ke hospital di hari ke-3 juga masih tidak membuahkan hasil dan menampakkan tanda² pulih, malah lebih kritikal. Hari ke-4 setelah di periksa secara menyeluruh, didapati K.long punya sakit perut yang dipanggil 'interception' di mana ususnya meneggelamkan bahagian usus yang lain. Umpama sebuah teleskop primitif, usus yang normal bila teleskop dikeluarkan panjang tetapi usus yang bermasalah apabila teleskop dipendekkan.
Apapun, keadaan masih belum pulih sepenuhnya. K.long kini yang masih terlantar di rumah sakit belum punya tanda pulih lagi.
Sebentar lagi, akan berangkat ke hospital untuk menemani K.long dan Umi disana.
Satu kisah bermula pada saat tiba-tiba diri berada di suatu majlis. Di dalam keramaian yang penuh sesak dengan orang ramai yang tidak diketahui latar belakang mereka, seraya tangan ini ditarik oleh sorang wanita yang pernah dikenali suatu masa dulu dengan iras muka jelita yang penuh ceria menjemput diri ke tengah-tengah keramaian tadi seperti ingin menunjukkan sesuatu di atas meja. “Eh, kek?” ya, majlis ini adalah sambutan hari jadi. Tertera diatas kek, bulan ‘Julai’ dan ‘34’. 34? 34 tahunkah? Tapi kepunyaan siapa kerana tiada nama yang tertera pula? Namun majlis tadi berlangsung dengan penuh meriah. Kek tadi dipotong dan disuapkan oleh wanita tadi penuh dengan keriangan seperti dimanja-manjakan.
Anganku... :) Hari ni rasa kelam tapi banyak sangat berangan. Biasa la, sejak bersepi²an ni tekanan perasaan kian meningkat. Ada saja yang tak kena. Nak faham orang susah, apatah lagi untuk orang lain memahami diri ini. Nak cari yang sesuatu yang baru memang bermasalah. Tapi benda yang lama takkan bertahan lama dan akan lebih bermasalah! Semua perkara di dunia inikan bersifat sementara. Justeru, "upgrade" dan "renew" adalah wajib (n_n)
Minggu lepas, ikut Dak Adik ke Genting makan kabus dengan kereta barunya. Keje gila bila ke sana semata nak makan KFC kat First World! (selebihnya, adalah sebab tu :)) Lebih haru bila balik, naik kereta yang dipandu laju, tekak mula loya dan perut bergelodak serta mual. Mujur lah belum masuk "sebulan" punya penyakit. Sampai rumah terus kene food poisoning, padahal gestrik sebab tak makan.
Hawau you!!! Muahahahah...
A Gentle Reminder... Thank You
Use of image or any medium from here is strictly prohibited without permission.
Please do not download or use any of the photo here.
All rights reserved by Azrin A.J.
SlaveYarD id.® and AyeEN2™ can be Googled for varification of identity.